EditJer

Mudah Hasilkan Webapp Guna Ai, Tapi 'Tersangkut' Bila Nak Edit?

Edit kod yang memeningkan dengan editor visual yang sempoi. Tiada lagi pening kepala.

Video Demo

Bukan Sekadar Editor Kod Biasa

EditJer direka dengan ciri-ciri 'ajaib' yang membolehkan anda edit kod secara visual, seolah-olah anda bukan sedang mengekod langsung.

Ciri Live Edit Mode dalam EditJer
CIRI UTAMA

Edit Terus Secara "Live"

Nampak kesilapan ejaan di bahagian preview? Aktifkan `Live Edit`, klik pada teks tersebut, dan terus taip pembetulan. Kod HTML di sebelah kiri akan dikemas kini secara automatik. Ajaib!

CARI KOD DENGAN PANTAS

Tak Pasti Nak Edit Kod Mana?

Hilangkan keraguan. Aktifkan `Inspect Mode`, gerakkan tetikus anda di atas tetingkap preview, dan klik pada mana-mana elemen. EditJer akan bawa anda terus ke baris kod yang betul. Jimat masa, elak pening kepala.

Ciri Inspect Mode dalam EditJer
Ciri Responsive Mode dan Cloud Template dalam EditJer
ALIRAN KERJA PINTAR

Direka Untuk Anda

Simpan kod penting anda di cloud. Semak rekaan pada mod telefon atau tablet. Susun atur button yang kemas dan responsif. Laraskan saiz tetingkap mengikut keselesaan anda. Tukar tema editor dari gelap ke cerah. EditJer adalah editor peribadi anda.

Bukan Lagi Sekadar Pengguna Ai.
Anda Kini Pencipta Sebenar.

Dengan EditJer, anda ada kawalan penuh. Bayangkan...

Betulkan Serta-merta

Anda boleh betulkan typo atau ubah ayat dalam masa 5 saat, bukan 5 jam mencari kod.

Lancar Dengan Yakin

Tukar warna button atau kemas kini pautan `on-the-spot` sebelum demo kepada klien.

Siap Hari Ini Juga

Lancar versi baru webapp anda petang ini juga, tak perlu tunggu upah freelancer bulan depan.

Ubah 'Tersangkut' Jadi 'Terlajak Laju'.

Berhenti buang masa dengan kod yang serabut. Mula edit laman web anda dengan kuasa dan keyakinan.

Sudah ada akaun? Log masuk di sini.

Ada Soalan? Kami Ada Jawapan.

Beberapa perkara yang sering ditanya oleh pengguna seperti anda.

Siapa sebenarnya target pengguna EditJer ni? Adakah untuk programmer?

Senang cerita, bukan untuk programmer pro. EditJer direka khas untuk golongan kreatif, usahawan, atau sesiapa sahaja yang dapatkan kod dari Ai (macam ChatGPT, Gemini, Claude) dan rasa 'tersangkut' bila nak buat ubahsuai kecil. Kalau anda tak tahu kod tapi nak betulkan typo atau tukar warna, EditJer adalah kawan baik baru anda.

Adakah EditJer boleh edit semua jenis kod? Kod dari Canva Code boleh?

Ya! Selagi ia adalah kod web standard seperti HTML, CSS, dan JavaScript, EditJer boleh uruskan. Tak kisah sama ada kod itu datang dari Canva Code, ChatGPT, Gemini atau mana-mana Ai generator lain, anda boleh tampal, edit, dan lihat hasilnya secara langsung.

Betul ke percuma? Apa beza akaun Trial dengan yang berbayar?

Ya, anda boleh cuba secara percuma. Akaun Trial memberikan anda akses kepada hampir semua ciri utama. Beza utamanya ialah had simpanan templat di cloud (terhad kepada 3 templat). Pakej berbayar menawarkan simpanan tanpa had dan ciri-ciri premium yang akan datang, sesuai untuk pengguna yang kerap menggunakan EditJer untuk kerja mereka.

Selamat tak kalau saya upload kod saya? Apa jadi pada fail saya?

Sangat selamat. Semua proses suntingan berlaku sepenuhnya di dalam browser anda. Kami tidak menyimpan kod anda di server kami melainkan anda sendiri yang memilih untuk menyimpannya sebagai templat di akaun anda. Privasi dan keselamatan kod anda adalah keutamaan kami.

Apa beza EditJer dengan editor kod lain macam VS Code?

VS Code dan seumpamanya adalah alatan yang sangat berkuasa, tetapi ia direka untuk *programmer*. EditJer pula direka untuk *quick-fix* dan suntingan visual. Kekuatan kami bukan untuk membina projek dari kosong, tetapi untuk membolehkan anda membetulkan kod sedia ada dengan pantas melalui ciri unik seperti Live Edit dan Inspect Mode, tanpa perlu faham selok-belok pengekodan.