Editjer Docs

Bahagian 1 : Antaramuka (UI) EditJer

Updated: 24 Feb 2026

Editor Editjer - "Meja Kerja" Anda

Paparan skrin header baru EditJer yang responsif

Header utama direka simple tapi power untuk akses pantas.

Kalau anda buka guna skrin kecil (macam phone), butang-butang ni akan tunjuk ikon je untuk jimat ruang. Tapi fungsinya tetap sama.

Apa Fungsi Butang-Butang Tu?

Setiap warna ada fungsi masing-masing. Jangan salah tekan pulak!

  • Undo : Salah edit dan nak kembali ke perubahan asal? klik butang Undo.

  • Upload : Nak sambung kerja lama? Guna butang ni untuk muat naik fail .html atau .htm dari komputer anda terus ke editor.

  • Download : Dah siap kerja? Tekan ni untuk download kod anda tu sebagai fail .html.

  • Copy : Malas nak select all? Butang ni akan salin (copy) semua kod bersih dalam editor tu ke clipboard anda. Tinggal paste je kat tempat lain.

  • Paste : Dah copy kod? Tampal terus ke editor dengan satu klik.

  • Save : Ni paling penting. Simpan projek semasa anda terus ke Cloud (akaun EditJer). Tak payah risau fail hilang.

  • Projek Saya : Tempat nak urus projek yang anda dah simpan. Boleh buka, tukar nama (rename), atau padam (delete) projek lama.

  • Refresh : Tetingkap Preview tak berubah? Tekan je butang Refresh.

  • Setting : Nak tukar mood? Boleh buka panel ni untuk tukar tema editor (gelap/cerah) atau saiz tulisan.