Editjer Docs

Bahagian 9 : Tips Pro & Shortcuts

Updated: 24 Feb 2026

1. Carian Kod Pantas (Ctrl+F)

Tengah cari perkataan spesifik dalam beribu baris kod? Jangan scroll sampai pening.

  • Klik dalam kotak editor.
  • Tekan Ctrl+F (atau Cmd+F di Mac).
  • Kotak carian (search bar) akan keluar. Taip je apa nak cari, dia akan tunjuk terus.

2. Nak "Enter" Baris Baru (Shift+Enter)

Dalam HTML, kalau kita tekan Enter biasa, dia cuma turun baris dalam koding tapi tak turun baris kat preview.

  • Untuk buat line break (<br>) dengan pantas, tekan Shift+Enter.
  • Kod <br> akan masuk secara automatik. Jimat masa tak payah taip manual!

3. Laraskan Ruang Kerja

Rasa sempit? Jangan lupa kita boleh seret (drag) garisan pemisah antara panel Editor dan Preview tu. Buka luas-luas bahagian yang anda tengah fokus.

⚠️ Peringatan Terakhir

Ingat peraturan emas ni: Inspect Mode dan Direct Edit Mode tak boleh "berkawan".

  • Pastikan hanya SATU sahaja aktif pada satu masa.
  • Kalau dua-dua on, editor boleh jadi keliru (dan kau pun pening).