Ini adalah alat paling berkuasa untuk developer atau sesiapa saja yang malas nak scroll cari baris kod. Daripada anda tercari-cari mana satu div atau class yang betul, anda hanya perlu "tunjuk" je elemen tu.

Cara Guna:
-
Aktifkan Suis Tekan suis
Inspectpada header. -
Gerak ke Preview Gerakkan tetikus (mouse) anda di atas tetingkap
Preview. -
Tengok Magic Bila anda lalukan mouse atas mana-mana elemen (gambar, butang, teks), kod yang sepadan di sebelah kiri akan diserlahkan (highlighted).
-
Jump to Code Klik pada elemen tersebut di
Preview, dan editor akan terus melompat (jump) ke baris kod yang tepat. Tak payah scroll manual!
âš ï¸ Peringatan Penting: Ingat tau, Inspect Mode dan Live Edit adalah "musuh ketat". Hanya SATU sahaja boleh aktif pada satu masa. Kalau nak guna Inspect, tutup dulu Live Edit. Kalau tak, pening nanti!