Editor Editjer - "Meja Kerja" Anda

Header utama direka simple tapi power untuk akses pantas.
Kalau anda buka guna skrin kecil (macam phone), butang-butang ni akan tunjuk ikon je untuk jimat ruang. Tapi fungsinya tetap sama.
Apa Fungsi Butang-Butang Tu?
Setiap warna ada fungsi masing-masing. Jangan salah tekan pulak!
-
Undo : Salah edit dan nak kembali ke perubahan asal? klik butang Undo.
-
Upload : Nak sambung kerja lama? Guna butang ni untuk muat naik fail
.htmlatau.htmdari komputer anda terus ke editor. -
Download : Dah siap kerja? Tekan ni untuk download kod anda tu sebagai fail
.html. -
Copy : Malas nak select all? Butang ni akan salin (copy) semua kod bersih dalam editor tu ke clipboard anda. Tinggal paste je kat tempat lain.
-
Paste : Dah copy kod? Tampal terus ke editor dengan satu klik.
-
Save : Ni paling penting. Simpan projek semasa anda terus ke Cloud (akaun EditJer). Tak payah risau fail hilang.
-
Projek Saya : Tempat nak urus projek yang anda dah simpan. Boleh buka, tukar nama (rename), atau padam (delete) projek lama.
-
Refresh : Tetingkap Preview tak berubah? Tekan je butang Refresh.
-
Setting : Nak tukar mood? Boleh buka panel ni untuk tukar tema editor (gelap/cerah) atau saiz tulisan.