Pengaktifan Subdomain
Jika anda baru pertama kali masuk, anda mungkin akan melihat paparan "Aktifkan Subdomain Anda".
Fungsi ini adalah untuk memudahkan anda untuk menguji projek anda dengan mudah dan cepat tanpa perlu upload ke hosting atau server anda sendiri.
Sebelum aktifkan fungsi subdomain, pastikan anda telah simpan projek yang telah di edit di editor editjer.
-
Kenapa perlu buat ini? Sebelum projek anda boleh dipaparkan kepada umum, kita perlu berikan ia "alamat rumah" atau URL yang unik terlebih dahulu.
-
Tindakan: Klik butang biru "Tetapkan Subdomain Sekarang" untuk cipta alamat web anda.

Tetapan Akaun & Subdomain Unik
Ruangan ini sangat kritikal kerana ia menentukan nama laman web anda.
- Alamat Website Unik: Masukkan nama pilihan anda dalam kotak (contoh:
rodziah). - Format: Alamat web anda akan jadi seperti
namaanda.editjer.com. - Syarat Penting:
- Hanya guna huruf kecil, nombor, dan sengkang (-) sahaja.
- âš ï¸ AMARAN: Nama ini tidak boleh ditukar selepas ditetapkan (kecuali dengan caj admin). Jadi, pilih nama yang betul-betul catchy dan sesuai dengan anda!
- Simpan: Tekan butang Simpan Subdomain untuk sahkan nama tersebut.
Di sini anda tetapkan nama web unik anda (contoh:
rodziah.editjer.com).
