Editjer Docs

Bahagian 4 : Mod Inspect - Cari Kod Sepantas Kilat

Updated: 24 Feb 2026

Ini adalah alat paling berkuasa untuk developer atau sesiapa saja yang malas nak scroll cari baris kod. Daripada anda tercari-cari mana satu div atau class yang betul, anda hanya perlu "tunjuk" je elemen tu.

Paparan skrin inspect mode

Cara Guna:

  1. Aktifkan Suis Tekan suis Inspect pada header.

  2. Gerak ke Preview Gerakkan tetikus (mouse) anda di atas tetingkap Preview.

  3. Tengok Magic Bila anda lalukan mouse atas mana-mana elemen (gambar, butang, teks), kod yang sepadan di sebelah kiri akan diserlahkan (highlighted).

  4. Jump to Code Klik pada elemen tersebut di Preview, dan editor akan terus melompat (jump) ke baris kod yang tepat. Tak payah scroll manual!

⚠️ Peringatan Penting: Ingat tau, Inspect Mode dan Live Edit adalah "musuh ketat". Hanya SATU sahaja boleh aktif pada satu masa. Kalau nak guna Inspect, tutup dulu Live Edit. Kalau tak, pening nanti!